Monday, April 27, 2009

Kekacauan Perosak Parti

Dengan hati yang ikhlas,saya hendak membentangkan bahawa keadaan di Bahagian Batu Kawan telah sampai tahap kekacauan,walaupun saya tidak memasuki mesyuarat bahagian mereka,tetapi saya dapat tahu bahawa dari sejak penubuhan bahagian sampai hari ini cuma mencari silap orang dan mempertikaikan dalam mesyuarat.Cukuplah saudara/saudari,adakah anda semua telah lupa matlamat Parti,mengapakah tidak berbincang cara-cara membangunkan masyarakat dan sebagainya yang boleh memajukan Parti Keadilan Rakyat?
Sebab-sebab keadaan ini berlaku disebabkan kemunculan Perosak Parti,jawatan nak tapi tidak tahu membuat kerja,dan mereka ini cuma pandai cari kesilapan orang dan mempertikaikan bermatian-matian,andailah sikap ini menukar tuju untuk perjuangan Parti,betapa baiknya??
Semoga keadaan ini akan diperasan oleh pihak atasan Parti dan cuba membersihkan Perosak Parti seperti itu,saya yakin PKR akan melangkah lagi ke Putrajaya....

No comments:

Post a Comment